
Pertemuan bersejarah ahli exsabarian 1994-1998 di Restoran Mamak Fairos. Aku pun tak tau sangat ke sana. Mujurlah ada najib ( gambar sebelah) yang sudi menunjuki jalan.
Pertemuan yang dirancang ketika berhari raya di rumah Bot pada hari raya pertama yang lalu.
Pertemuan ini macam Jejak Kasih la..sebabnya ada kawan2 yang tidak berjumpa hampir 13 tahun..
Pertemuan yang dirancang pada pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 3.30 pagi cukup memberi kenangan pada kawan-kawan yang hadir. Malah, kedatangan Dr Irwan dan Ustaz Azmi pun cukup memberi makna kepada semua.
Yang lebih menggembirakan adalah kedatangan sahabat yang paling lama dicari iaitu Pegawai JPJ Effendi Juri(seorang insan yang suka merendah diri.. )hehe.. Macam-macam cerita didengari dan dikongsi bersama. Yang lebih menyeronokkan, ada di kalangan kawan-kawan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak seperti Ustaz Azmi dan Ar. Alias. Malah, ada sahabat yang memaklumkan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 nanti.. Semoga pertemuan yang dirancang akan diteruskan pada masa akan datang.
Pertemuan ini telah mencetuskan idea untuk mengumpulkan semua ex-sabarian. Cetusan idea datangnya daripada Effendi Juri (Bot). Moga ada jalan untuk memastikan ianya berjaya dilaksanakan..Syabas dan terima kasih kepada semua sahabat yang hadir..
Disebalik kegembiraan bertemu kawan-kawan lama, perjumpaan ini telah diselangi dengan kemalangan kecil di hadapan restoran melibatkan sebuah motorsikal dan sebuah kereta pada pukul 3 pagi. Didoakan kepada kawan-kawan yang akan pulang bekerja kembali supaya berhati-hati di jalan raya.