Perjumpaan BerseJaraH..

Monday, September 21, 2009

Pertemuan bersejarah ahli exsabarian 1994-1998 di Restoran Mamak Fairos. Aku pun tak tau sangat ke sana. Mujurlah ada najib ( gambar sebelah) yang sudi menunjuki jalan.

Pertemuan yang dirancang ketika berhari raya di rumah Bot pada hari raya pertama yang lalu.

Pertemuan ini macam Jejak Kasih la..sebabnya ada kawan2 yang tidak berjumpa hampir 13 tahun..

Pertemuan yang dirancang pada pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 3.30 pagi cukup memberi kenangan pada kawan-kawan yang hadir. Malah, kedatangan Dr Irwan dan Ustaz Azmi pun cukup memberi makna kepada semua.

Yang lebih menggembirakan adalah kedatangan sahabat yang paling lama dicari iaitu Pegawai JPJ Effendi Juri(seorang insan yang suka merendah diri.. )hehe.. Macam-macam cerita didengari dan dikongsi bersama. Yang lebih menyeronokkan, ada di kalangan kawan-kawan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak seperti Ustaz Azmi dan Ar. Alias. Malah, ada sahabat yang memaklumkan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 nanti.. Semoga pertemuan yang dirancang akan diteruskan pada masa akan datang.

Pertemuan ini telah mencetuskan idea untuk mengumpulkan semua ex-sabarian. Cetusan idea datangnya daripada Effendi Juri (Bot). Moga ada jalan untuk memastikan ianya berjaya dilaksanakan..Syabas dan terima kasih kepada semua sahabat yang hadir..

Disebalik kegembiraan bertemu kawan-kawan lama, perjumpaan ini telah diselangi dengan kemalangan kecil di hadapan restoran melibatkan sebuah motorsikal dan sebuah kereta pada pukul 3 pagi. Didoakan kepada kawan-kawan yang akan pulang bekerja kembali supaya berhati-hati di jalan raya.

11 comments:

  • salam.aku el..
    nampak nye aku org 1st yg nk comment kat blog ni..

    1st skali akua x puas hati sbb knpa ada gambar budah bijan sorang jer....

    kalu bleh smua orang bagi maklumat terkini supaya kita semua x lost contact...semua persahabatan kita berkekalan...saling ambil berat tolong menolong dan boleh bekerjasama klau ada pape urusan...

    dari..
    alias bin otoh
    B-313 PESONA VILLA
    JLN MELATI INDAH 1
    SAUJANA MELAWATI
    53100 KUALA LUMPUR

    TEL : 0322827682
    fax : 0322822009
    HP : 0192726127

    EMAIL : el.art99@gmail.com

  • ungu

    kenal aku tak??? ILIA..ermmm..siap ada reunion...letak la gambar byk2 skit rahim...aku ingatkan sape la yg msg pasal blog nih...sory xreplay msg tuh.kalo ada sesapa nak ym aku bole add iliawati@yahoo.com....sure ramai kengkawan lain yg taktau pasal blog nih..patut bgtau pada kengkawan SABAR nih..

  • Bot

    mmg la dia letak gambar najib
    sebab penulis ni tmpg dia ms g kdi mamak tu
    maknanya terhutang budi lah tu.........
    huhuhuhu
    kuat bodek.....
    apa2 conctk gua :
    0167470001
    fendijuri@yahoo.com

  • Bot

    mn yg lain ni........
    senyap je......

  • MFA

    Salam pd semua kengkawan,
    Pertama sekali, aku fadil nak wish kat hampa semua semoga sihat2 selalu n berjaya dunia akhirat.. Aku baru tau, rupa2nya selama ni yg dok hantaq msg aku, rupanya bot...HEhehe, sorry bot aku tak perasan nama penuh hang..
    Awat tak inform awal2 nak wat gathering?? tapi aniway, aku tak leh nak pi pon, pasai haritu aku raya umah mentua dulu kat ipoh..
    For Rahim, makasih wat blog ni.. Moga dpt dikumpulkan lagi semua geng2 semua tak kira kaum adam ke hawa.. :)
    Ilia, hang dok mana?? lama tak contact aku...
    Kalau dpt bulan 12 ni, seperti yg telah diwar2kan, kawan kita Azman Nordin & kalau tak salah aku empunya tuan yg buat blog ni saudara Rahim akan mengadakan kenduri "bina masjid" pd 27hb Dec 09 ni..Insya allah, nanti dapatlah jumpa hampa semua kat majlis depa nanti..
    Aku la ni, dok tunggu nak timang anak no. 2 pulak... HEhehe, mana2 yg belum tu, elok dicepatkan..Irwan, Alias, azmi, najib lama tak jumpa hampa.. satu lagi, dekwan ada gak contact aku, nanti aku try la rujuk2 depa sorang masuk dlm ni.
    tu je la.. ok, peace no war :)

    Mohd Fadzil Amiruddin
    Equine Park

  • MFA

    salam again,

    takda org reporting lagi... ok la, saja ja nak habaq aku selamat menerima kehadiran seorang lagi cahaya mata hero petang sabtu semalam.. hehehe, ok apa2 hal keep in touch la geng...^_^

  • Unknown

    salam.semua..

    kalau ada gambar best nak jgk share gan kawan-kawan...kat fadhil tahniah dapat cahaya mata baru naa.

    0125146961

  • Bot

    tahniah untuk fadhil
    makin ramai penduduk malaysia.......

  • MFA

    hehe, terima kasih buat aziz dan bot.. Nak memeriahkan suasana, 1 malaysia :D

  • kepada kawan2, jemput ke majlis kenduri kahwin aku pada 26hb dis nanti..

    thniah pada fadhil..

  • MFA

    makasih... Kena sengkang mata balik waktu malam... back to kelab jaga malam balik la ni

  • Post a Comment